expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, July 16, 2012

Selamatkan flora dan fauna planet kita!


Apa tanggapan anda dengan gambar di atas tu?Ada yang suka dengan lukisannya,tak kurang juga yang suka dengan warna-warnanya.Mungkin ada juga yang tak suka langsung!Biar apapun tanggapan anda..segalanya tentang hidupan liar dan flora di hutan rimba kita.Koleksi kertas pembalut hadiah milik saya tu sebenarnya dah lama dalam simpanan,sejak tahun 2007 lagi.Mungkin ada dalam kalangan anda yang pernah menggunakannya satu ketika dahulu.


Sebagai penghuni planet ini,flora dan fauna juga berhak untuk hidup.Justeru,kita sebagai makhluk yang berfikiran waras seharusnya tidak menyekat atau menghalang perkembangannya.Biarkan keindahan alam serta isinya ini terus terpelihara.

Saya menentang keras usaha sesetengah pihak yang mengambil kesempatan merosakkan alam sekitar atas nama pembangunan.Seolah-olah tiada cara lain untuk mencipta pembangunan tanpa merosakkan alam.Apa gunanya pembangunan pesat jika ekosistem alam turut terkorban.

Pemburuan hidupan liar untuk pelbagai tujuan,sama ada perubatan tradisional mahupun penghasilan produk aksesori mewah sesetengah golongan juga wajar dihalang.Ada yang cukup bangga apabila kediaman mereka dihiasi dengan kulit harimau bintang mahupun gading gajah.Sungguh malang hidupan rimba yang menjadi buruan manusia yang mementingkan kepuasan diri sendiri ini.

Bersama-samalah kita menjaga alam ini daripada menjadi mangsa kerakusan golongan yang kurang kesedaran ini.Selamatkan flora dan fauna untuk generasi akan datang.

2 comments:

  1. Kucing pom manusia snggup kerat kaki dia..ishh...

    ReplyDelete
  2. harap anak cucu cicit kita masih mampu melihat fauna dan flora masa depan..
    atau hanya boleh lihat gambar?

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.