expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, July 18, 2012

Pelajar bawa telefon dan ipad ke sekolah tahun depan

Sehari dua ni isu hangat dalam
dunia pendidikan adalah tentang
pengguunaan telefon dan ipad dalam kalangan pelajar sekolah.
Bermula 2013 pelajar sekolah dibenarkan
membawa telefon dan ipad ke sekolah.
Macam-macam pendapat....ada yang setuju dan tak kurang juga
yang tidak bersetuju dengan cadangan ini.

Kalau diteliti secara peribadi,saya rasa langkah ini
perlu mengambil kira semua aspek dan kepentingan.
Terutamanya dari segi peratus masa penggunaan gajet tersebut di sekolah,
adakah  sebahagian besar masa pelajar di sekolah akan dihabiskan
dengan penggunaan kedua-dua gajet tersebut dalam P&P?
Atau sekadar apabila perlu sahaja?
Dibimbangi ada kalangan pelajar yang mengambil kesempatan
untuk melayari laman-laman yang tak berkenaan.
Juga menghubungi rakan-rakan lain secara sms dan mms.
Selain itu tugas guru dijangka bertambah dalam hal
penyimpanan gajet tersebut mahupun mengendalikan
kes-kes kehilangan dan kecurian.

 Sebahagian komen yang diluahkan oleh
pembaca Kembaraminda7.com

 
Nampaknya ramai yang kurang bersetuju
langkah ini diperkenalkan di sekolah.
Anda pula bagaimana?

5 comments:

  1. Bila buruk lebih banyak daripada baik....maknanya tak baguslah.....simple kan....

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. belum buat lagi dah dengar budak cakap dalam kelas..
    "tahun depan aku bawa henfon boleh pasang lagu tu"...haiiii... sabar jela~

    ReplyDelete
  4. byk lah kes kecurian tepun, ada buat part time nak beli tepun mahal, dan byk lagi lah tugas guru...

    desakan ibubapa lah juga nak anak bawa tepun kan?

    ReplyDelete
  5. Kita lihat pelaksanannnya ..kalu tak laksana tak tahu lak..
    Kalu buruk kita stopkan.
    Kau luar negara pun budak sekolah pun bawa handphone..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.