expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, July 6, 2012

Biarkan rama-rama itu berterbangan

Tajuk bukan main lagi yer..hehe..Memanglah rama-rama tu cantik.Ada pelbagai saiz dan warna.Tapi bukan senang nak tangkap rama-rama ni.Kalau ada ynag bercadang nak tangkap rama-rama tu,saya nasihatkan tak payahlah yer.Biarkan saja rama-rama itu berterbangan bebas.Hinggap pada bunga-bungaan.Kan cantik tu!Sebenarnya saya bukan nak cerita pasal rama-rama ni..tapi

nak cerita pasal gambar kat atas tu adalah kertas pembalut hadiah yang masih saya simpan.Kertas tu dibeli pada tahun 1997 lagi tau!Dah masuk 16 tahun kan dalam simpanan.Memang cantiklah kertas dengan latar belakang berwarna hitam tu dihiasi dengan rama-rama dan bunga-bungaan.Kertas tu saya gunakan untuk membalut sebuah buku pada tahun tersebut.Sambil-sambil belek buku,boleh juga tengok kertas pembalut untuk hilangkan stres.

Saya suka mengumpul kertas pembalut yang agak unik dan menarik.Tapi sayang,tak banyak yang tinggal,kertas tu hilang begitu saja.Sekarang saya mengambil inisiatif mengumpulnya semula.Jadi kalau ada sesiapa yang nak dermakan kertas pembalut hadiahnya kepada saya...sangat dialu-alukan.hehe...Anda yang baru kahwin tu tentu dapat banyak hadiahkan!Jadi jangan buang begitu saja kertas-kertas tu...beri jer kepada saya...

Oklah dulu,di lain entri saya akan siarkan kertas-kertas yang lain pula yer..Jumpa lagi.

2 comments:

  1. salam sukses gan, bagi2 motivasi .,
    Hargailah hari kemarin,mimpikanlah hari esok, tetapi hiduplah untuk hari ini.,
    ditunggu kunjungan baliknya gan .,.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.