Wednesday, July 4, 2012

Saya dah guna Home Wireless Gateway

Tengok........ gambar apa kat atas tu?.ha...itulah  gajet terbaru saya.Namanya home wireless gateway.Atau juga dikenali sebagai wifi router untuk wireless data access.Gajet ni sesuai digunakan di kawasan yang tidak mempunyai talian atau kabel telekom.Tak payah risau lagi dengan kes kecurian kabel...sebab dengan alat ni internet terus on...kerana ia tak perlukan kabel.

Model AR 400 ni dibekalkan oleh syarikat TM.Bil bulanan cuma RM 38.Tapi kontraknya selama 2 tahun.Lama juga tu...Kelajuannya setakat ni kira oklah dengan pakej harga tu.Nak cerita lebih-lebih pun tak tahu juga kerana baru jer guna ni.

Yang best...kalau on alat ni,kita boleh kongsi penggunaan internet pada beberapa unit komputer pada masa yang sama.Biarpun dah ada gajet ni,penggunaan broadband tetap diteruskan.hehe...2 unit broadband saya tu dahlah kena bayar setiap bulan,sekarang tambah pula benda ni...Bertambah-tambahlah bil bulanan.Ada tak sesiapa yang nak tolong bayarkan?

Oklah...kalau ada sesiapa yang ada maklumat pasal benda ni,bolehlah berkongsi yer.Bukankah sharing is caring?

4 comments:

Muhammad Izuan said...

kelajuan berapa?

~ataicha~ said...

bro try check sini : http://www.carigold.com/portal/forums/archive/index.php?t-114977.html

CDMA ni saya rasa kena duk area TM nya pemancar.. kalau duk jauh dari area tu mmg xde line. Rasanya.. Kelajuan dia x sure sebab tak pernah guna..

Tapi ianya adalah satu solution untuk sapa2 duk kat area cable TM kena curi je.. oklaaa... Tapi speed dia not sure rasa still xleh nak banding ngan streamyx...

Ianya seperti P1 nya modem laa...

Hanif Idrus said...

Wah!! peminat dunia internet ini..hehehe

ahsfantasy24 said...

hehheee..
orang gaji mahal takpe ;D