expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, September 27, 2012

Hidangan pengantin:Hasil kerja tangan isteri saya


 Inilah meja pengantin,
semasa majlis perkahwinan adik bongsu saya.
Tugasan menyediakan menu pengantin ni diberikan kepada isteri saya.
Maka..bertungkus-lumuslah isteri saya menyediakannya.
Bermula dengan mencari idea,membeli bahan-bahan mentah,memasak,menghias 
sehinggalah pengantin tu makan...baru selesai kerja.hehe...
jom saksikan dengan lebih dekat,



 Puding ni saya tak tahu nama apa,
tapi rasanya mestilah sedap...
Gambar-gambar lain....



 Cuba teka apa ker benda ni?
rupa-rupanya bekas mengisi sos ataupun cili.hehe..
lepas ni bolehlah cuba kat rumah yer puan-puan..



 Tembikai bintang kejora
rasa sayang pula nak makan yer..
tapi nak simpan pun tak boleh juga kan!



 Haaa.. yang ni ramai suka.
tak sabar-sabar nak rasa,
maklumlah pengantin bukannya habis makan ni,
kena kontrol ler makan udang cucuk ni semasa makan beradab tu.
takkan nak habiskan kesemuanya di hadapan penonton.hehe.



 Ikan siakap ni biasanya 3 rasa,
tapi ikan kat atas tu tak tahu pula berapa rasa.



Masa untuk makan..
Pengantin dan keluarga sedang menilai kesedapan menu kali ni.
Lupa nak tanya mereka,berapa bintang nak bagi
untuk menu yang dihasilkan oleh isteri saya ni.
Apapun,harap-harap isteri saya dapat sediakan lagi
menu berkenaan untuk makan malam kami pula..hehe...


6 comments:

  1. lapar plak rasa tengok makanan tu~~
    puding tu memang menarik n tertariklah.. :)

    ReplyDelete
  2. wah...naqsib dtg sini pas makan..xde lh trliur sgt :)

    ReplyDelete
  3. assalam,

    memang udang tulah hero hidangan, sebab tu ramai yg berminat..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.