expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, September 10, 2012

Kerja guru ni senang?


Tengok tu..skrip jawapan pelajar yang perlu dibereskan
dalam masa 2 minggu ni.
Naik rabun mata mengadap esei trial SPM ni.

hmmm...ada orang tu kata kerja guru ni senang,
banyak cuti!
tapi tahukah anda bahawa banyak kerja cikgu ni perlu
dibereskan tak kira masa.
Cuba bayangkan kalau kertas peperiksaan pelajar tu
ditanda waktu bekerja?Bila pula cikgu nak mengajar?
nak tak nak...bawa balik ke rumah untuk dibereskan.
kesian anak-anak sendiri terabai apabila cikgu sibuk
menanda kertas periksa di rumah pada hujung minggu.

Biarpun penat,kami terima sebab itu kerjaya pilihan.
tapi kalau dengar cakap-cakap orang yang memandang sinis
bahawa cikgu ni kerjanya senang...panas juga cuping telinga.
rasa nak hempas semua skrip jawapan pelajar tu
kepada mereka.
suruh mereka mengadap kertas-kertas tu berjam-jam.

p/s...saya suka kerja saya.

6 comments:

  1. sabar je la.. nanti prekso ketas exam tu, ati2, jange silap tgk.hehehehe gura jah. :)

    ReplyDelete
  2. sy tabik warga pendidik..yg betul ikhlas, alhamdulillah..ummi sy seorg guru..memang wanita berkerjaya..ada waktunya, ummi minta kami yg tlg tandakan kertas mengikut skema yg ummi beri..bukan sikit tp banyak...kadang guru terpaksa dahulukn duit sendiri atau kenderaan sendiri jika diperlukan utk bawa budak2..

    ReplyDelete
  3. Semua kerjaya memang ada cabarannya...tidak kiralah serendah2 jawatan bahkan sebesar2 jawatan. Ada yang kata kerja guru senang...ada yg kata kerja kerani mudah...ada yg kata kerja jaga enteng....kesimpulannya...buat kerja yg diamanahkan dgn ikhlas....pasti ada ganjaranya...

    ReplyDelete
  4. klu eca,tanda buku murid pun da naik juling..ne kan nak tanda kertas exam.

    ReplyDelete
  5. sapa yg x pernah jd cikgu pasti kata senang...
    semua kerja susah.. x der yg mudah kan?

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.