Saturday, December 22, 2012

Seronok main hujan dan banjir


Gambar kat atas tu pemandangan depan rumah saya musim hujan ni.Hari ni dari pagi sampai ke petang hujan tak berhenti turun.Agaknya musim banjir bermula dah ni....Dari jauh tu nampak bangunan sekolah kat depan rumah ni.Padang sekolah tu dah dipenuhi air hujan yang bertakung.Apa lagi,ramai lah budak-budak sekitar masuk main air.

Nasib baik kat halaman rumah saya ni takde air bertakung lagi setakat ni.Takde air pun tapi anak-anak saya dah 2 kali hari ni main air hujan.Seronok benar mereka main air hujan,ala...macam kita kecil-kecil dulu la kan! Tak tahulah pula kot-kot ada yang tak suka main air huan ni.

Sejuk betul cuaca sekarang ni dengan angin yang bertiup dan hujan yang lebat turun sepanjang hari.Rasa lapar jer...hmmm best juga makan ubi kayu dan air kopi ni...

3 comments:

whitecappuccino said...

samala dgn tempat saya..hujan sepanjang hari...air sungai pn dh penuh.

Sop Nama Saya said...

dah musim kan?
hati2 musim banjir :)

miz ruha said...

musim hujan dah mula... setiap hari rasa sejuk aje...

Ping.busuk.org