Friday, January 25, 2013

Buah katak puru pun sedap


Tentu ada yang geli dengar nama buah ni kan...Tapi jangan bimbang katak puru ni sedap tau!Tak melompat,juga tak gigit orang.hehe..gurau jer tu!Saya memang suka makan buah ni,walaupun rasanya sedikit kelat.Itupun bagi yang tak berapa masak.Kalau yang dah masak...manis jugalah.

Nak makan macam mana?senang jer,petik buah ni dari pokok,boleh dimakan terus.Nak sedap lagi makan dengan 'colek' yang dibuat dengan cuka,garam,gula,belacan,kicap dan sebagainya.Makan secara beramai-ramai lagi umphhh.Siap berebut-rebut tu!

Pokok katak puru ni tak banyak dah sekarang.Kalau ada pun,di kampung-kampung.Budak-budak sekarang manalah suka dengan buah ni kan.Mereka lebih kenal epal,strawberi dan anggur.Ehhh..rasa nak tanam pokok ni la pula kat belakang rumah baru kami ni.Ok tak?

10 comments:

hana hadi said...

buah ni nama katak puru ka. fetime hana jumpa buah ni kat kelantan. cicah colek. tapi kelat gak buah ni

Ariff Budiman said...

Di Penang kami panggil buah nanam

Pendekar Berkuda said...

Assalamu'alaikum...lama sungguh tak menyinggah ke blog KM7 blog pekebun dan petani dan peninta tumbuhan yang terbaik ini...

singgah ni dengan kuda baru... insyaALLAH..akan selalu ada lagi nanti...hehe...

Jenguk juga Tutorial Cara Buat Auto Resize Untuk Image Pada Entry atau Widgets

ChiLaBaey's Spot said...

Alamak lama sungguh tak makan buah ni... Kat sini takde langsung jumpa... :(

nadhirah. said...

ohh. kat perlis panggil buah nanam. buah ni kalau mkn hari2 pun okay. hihi
sedap sgt sdp msm2 manis..

Fyna Ahmad said...

fyna teringat buah nih.. time cikgu2 kat sekolah fyna sebut nama buah nih. sangat pelik. last2 fyna search sendiri kat internet.

Sop Nama Saya said...

kalau blk kampung ada buah kat pokok mesti bedal.. huhuh

NURULHANIF said...

lama dh xmakan buah katak puru ni.. huhu

jaakechik said...

uikkk..sedpnya... berair mulut tgk katak puru ni. jaa berehi. cicoh ngn colek.. pergghhh sedap2x...

sukiman said...

buah ni sedap...

Ping.busuk.org