expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, January 25, 2013

Beli kain di Pasar Siti Khadijah


Entri ni mesti kaum hawa suka..kahkahkah..apa tidaknya,tengoklah kain-kain kat atas tu.Nampak cantik kan.Tu baru pakaikan kat patung,kalau pakai kat badan puan-puan...mesti nampak jelita lagi anggun.Opss..maaf kalau tersasul.Saya bukan nak jual kain ni.Tapi nak cerita pasal kedai kain yang banyak kat Pasar Siti Khadijah ni.



Masa temankan Puan isteri saya beli kain, saya pun ambil gambar mana yang sempat.ishh boleh rambang mata dibuatnya.Nasib baiklah tak disuruh memilih kain untuknya,kalau tidak...semua saya beli.hehe..



Ini pula kain yang digantung,tak cukup patung untuk dipakaikan kain ni.Kain batik tu design terkini.Harga macam-macam... Takdelah mahal sangat kot.Puan isteri saya cuma beli 5 pasang kain jer kali ni.



Kepada anda yang berkunjung ke Kelantan,khususnya Kota Bharu,jangan lepaskan peluang membeli-belah kain kesukaan anda di Pasar Siti Khadijah.Selain kain-kainnya murah,penjual-penjual kat sini memang peramah.Siap boleh tawar-menawar lagi tu!


3 comments:

  1. Dipakaikan kat patung nampak cantik sebab potongannya ramping mcm kerengga. Kalau pakai kat orang potongan tak mcm tu ..... huhu

    ReplyDelete
  2. comeynya batik!banyak tu borong 5 pasang.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.