expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, January 21, 2013

Tanam pokok bungalah pula!


Buat apa tu?haa... tiba-tiba jer rasa macam rajin jer nak tanam pokok bunga.hehe..Bukan apa,sebagai menyahut saranan kempen menghijaukan bumi.Pokok yang dipilih ialah pokok bunga raya,spesis dari Cameron Highlands.Nama saintifiknya tak pastilah pula.Harga sepohon pokok tu ialah RM 24.


Kan dah siap!Saya tanam di bahagian tepi rumah,kat tepi tebing tu.Kat depan rumah tak tanam apa-apa pokok pun lagi.Idea tu dah ada,nantilah, apabila tiba masanya saya akan ceritakan. Kali ni tanam 2 batang pokok bunga raya jer dulu.Itupun belum pasti boleh hidup subur ke tidak.



Itulah hasilnya.... nampak tak?sama hijau dengan rumput...semoga pokok-pokok ni akan tumbuh subur.Tak sabar rasanya nak tengok pokok bunga raya ni berbunga.Warna dan rupanya pun saya tak tahu.Kita tunggu dan lihat ajelah yer.

6 comments:

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.