Sunday, February 17, 2013

Terima kasih TNB


Terima kasih kepada Tenaga Nasional Berhad TNB kerana telah memasang lampu jalan kat rumah saya ni.Permohonan yang dibuat semasa Hari Bertemu Pelanggan TNB baru-baru ini,tak sampai sebulan dah dipasang lampu tu.Sekarang laman rumah saya dah cerah.Nak keluar atau balik malam pun takde lah gelap sangat.

Biarpun lampu jalan ni berbayar,tapi bayaran yang dikenakan takdelah mahal sangat.Cuma RM 10 sebulan.Kira mampu bayar la..Saya mohon satu lampu jer,padahal jalan ke rumah saya ni ada 3 tiang.Takpelah...satu lampu tu pun dah terang.

Sekali lagi terima kasih TNB,jasamu dikenang.Sekarang ni banyak kemudahan diberi.Saya juga telah mendaftar bacaan sendiri meter elektrik rumah.Kemudian buat pembayaran secara online.

4 comments:

sukiman said...

alhamdulilah...

jaakechik said...

rm10 sebulan?? ermm..murah jugak... kiranya dia masukkan dlm bil api kita terus ke, kena bayar asing ya?

Nazayiena Ayiena said...

Oklah tu terang jln nak masuk rumah KM7.

Mohd Ghazali Abdullah said...

jaa..rm10 tu masuk bil api setiap bulan