Sunday, June 9, 2013

Ekor tupai sudah berbunga


Tupai mana pula ekornya berbunga ni.Hahaha jangan ada yang percaya.Pokok dalam gambar kat atas ni dinamakan pokok ekor tupai.Nama saintifiknya tak tahulah pula.Itulah pokok yang kami baru tanam kat halaman rumah ni.


Baru jer seminggu tanam,dah mengeluarkan bunga.Bagus betul la kan.Pokok ni ada potensi besar dan boleh dijadikan pokok teduhan.Sebab tu kami tanam kat depan rumah,harap-harap apabila besar kelak bolehlah tumpang berteduh.Lambat lagi tu,mungkin berpuluh tahun.Kalau panjang umur dan pokok tu masih hidup,bolehlah tengok.

Kami tanam 2 batang pokok tu.Harga sebatang pokok tu adalah RM 70.Disebabkan pokok-pokok tu ditanam di hadapan rumah,maka hari-hari boleh lihat perkembangannya.Kepada sesiapa yang ada menanam pokok yang sama, bolehlah berkongsi tip yer.

6 comments:

krole said...

wuah! msti seronok kan dpt tngok pokok tu mmbesar hari demi hari...harga pun bule tahan...wah! cantik rumah bro tu...kaler pun menawan, suka sangat~

Mohd Ghazali Abdullah said...

terima kasih krole. :-)

Sop Nama Saya said...

cantik bunga tu :)

fuzamusa said...

Dah lama tak tengok pokok tu..

jaakechik said...

firstime jaa dgr nama dan tgk pokok ni...unik!!

sukiman said...

tak tahu pun nama dia ekor tupai...