Tuesday, June 25, 2013

Selamatkah air yang diminum?


Kita disarankan meminum air sebanyak 8 gelas sehari.Bagaimanapun...adakah air yang diminum itu cukup bersih dan selamat untuk tubuh kita.Saya percaya ramai yang dah pasang penapis air kat rumah.Masalahnya adakah penapis air kat rumah tu betul-betul dapat menapis atau merawat air sepenuhnya?

Gambar kat atas tu adalah contoh air dari beberapa penapis air yang berbeza, yang telah diuji dengan aliran elektrik.Maka ternampaklah kelodak sedemikian.Fuhhhh boleh tahan juga tu.Saya difahamkan kelodak tersebut adalah tindakbalas terhadap mineral yang terdapat dalam air berkenaan.

Persoalannya..adakah mineral yang masih terdapat dalam air yang telah ditapis tu tak bagus untuk kesihatan?Menurut seorang wakil jualan penapis air,air yang baik ialah yang mempunyai bacaan 0....iaitu tiada apa-apa bahan atau mineral dalam air.Pada masa yang sama ada yang berpendapat mineral tu berguna untuk keperluan badan.

Entahlah...makin banyak syarikat penapis air,semakin banyak pula pendapat yang diberikan,seolah-olah penapis air syarikat mereka yang terbaik di dunia!Sebagai pengguna,kita berhak mendapat maklumat sebenar tanpa dipengaruhi...juga hak membuat pilihan.

1 comment:

Mia Liana said...

aduiii ngerinya tengok air macam tu.. kat rumah memang pakai penapis air..