expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, July 3, 2013

Ada khinzir pula pada tikar ni


Masa beli tikar tu teruja sungguh.Maklumlah ada gambar laluan...beli untuk Imdad main keretanya kat situ.Tapi bila sampai kat rumah,buka jer tikar tu,hah!
Terus terkejut melihat gambar khinzir juga terdapat kat tikar tu.huhu....Itulah masa beli tu tak buka tengok dulu keseluruhan,cuma tengok ketika berada dalam gulungan tak nampak pun gambar tu.

Jadi serba-salah pula.Takkan nak biarkan jer kat ruang dalam rumah gambar binatang tu.Rasa macam tak sesuai pula...Nak buang rasa sayang pula sebab baru beli.

Pengajarannya..sebelum beli tu baik periksa dulu keseluruhannya.Mungkin ada gambar atau lambang yang tak sesuai untuk kita. Nak salahkan pekedai pun tak boleh juga kan.... mereka kan berniaga.Kalau kita nak beli,mereka jual ler.hehe..Tapi sekali fikir elok juga penjual tu beritahu perkara yang sebenar kepada pembeli yang kadang-kadang tak berapa perasan ni.

2 comments:

  1. kawan saya pernah terbeli kasut kulit babi, tetapi dia pakai jea sebab dah terbeli katanya...

    ReplyDelete
  2. uikk.. besar molek khinzir tu... ermm... jual je kat geng china maybe diorang sudi beli kot...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.