expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, July 29, 2013

Nak tukar sampul duit raya?


Raya datang lagi! Wah semua dah mood raya ni.Kali ni saya nak tayang balik sampul duit raya edisi tahun lepas.Tahun ni pun guna sampul yang sama ni pasal hari tu sengaja print banyak.

Ada sesiapa nak sampul ni?Jom kita tukar-tukar yer.Saya akan kirimkan satu sampul ni kepada sesiapa yang nak tukar-tukar sampul duit raya.Penghantaran pakai pos jer.Mungkin sampai lepas raya kot.Maklumlah dah dekat nak raya ni.Encik posmen pun sibuk menghantar kad raya sekarang ni.

Jadi kalau ada yang berminat,sila emailkan alamat yer.Kemudian tinggalkan pesanan dalam kotak komen yer.Alamat email saya ada dalam kotak komen tu.Ok selamat mengumpul sampul duit raya.Orang lain sibuk kumpul duit raya,kita sibuk kumpul sampul duit raya.hehe...

9 comments:

  1. Email saya: mghazali7@gmail.com

    ReplyDelete
  2. cantik sampul tu bro~ sygnya krole takdak smpul customade cam bro...kalo tak bule tukar2

    ReplyDelete
  3. cantik...tp saya belum ada sampul jenama sendiri, mcm mana nak tukar..

    ReplyDelete
  4. sampul dah ada, duit raya jer x ada
    ada yg nak bg duit raya? hehehe

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.