expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, July 18, 2013

Tarif elektrik naik lagi?


Alamak betul ker ni?Petikan tu adalah dari Sinar Harian online hari ni.Kalau betul ler tarif elektrik ni akan naik bermakna bajet bulanan kita setiap bulan pun akan bertambah.huhu...

Sekarang ni pun bil elektrik kat rumah melebihi RM 100 setiap bulan.Kalau jadi dinaikkan,berapalah agaknya bil baru nanti.Orang akan kata jimatkan penggunaan elektrik jika tak mahu bayar bil tinggi.Soalannya bolehkah kita pasang hanya sebiji lampu dan tidur malam tanpa pendingin hawa semata-mata nak berjimat.oh tidak!!

Mungkinkah peralatan elektrik kat pasaran tak laku lagi sebab orang tak mahu beli semata-mata nak berjimat penggunaan elektrik?Saya rasa tidak kot selagi peralatan tu menjadi keperluan bagi sesetengah orang.

Apa lagi nak diharapkan,selain mengharapkan kenaikan tersebut tidak membebankan pengguna.Lebih seronok lagi kalau kenaikan itu tidak menjadi kenyataan.

1 comment:

  1. harap2 tak jadi le kenyataan,semua nak naik gaji ja tak naik2 adoi2

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.