Saturday, August 3, 2013

Aaron Aziz punya pasal


Tiba-tiba jer baju melayu Aaron Aziz meletup tahun 2013 ni.Untuk menambah bilangan pemakainya,maka saya juga tidak ketinggalan membeli baju ni.Saya beli baju melayu Aaron Aziz ni di Jakel Kubang Kerian.Harganya RM 199 termasuk butang dan samping.

Banyak pilihan warna untuk raya 2013 ni.Ada pelbagai variasi harga,bergantung kepada jenis kain yang digunakan.Sesiapa yang berminat,silalah cepat-cepat ke Jakel,kalau lambat,mungkin warna kegemaran dan saiz yang dikehendaki kehabisan.

Saya beli baju ni pun saja nak try...kononnya nak ikut trend semasa.Selesa ker tidak tak tahulah.Tunggu rayalah baru nak pakai.Harap selepas pakai baju Aaron Aziz ni,bolehlah jadi terkenal macam Aaron Aziz juga.kahkahkah...

1 comment:

penaberkala said...

saya pun rembat jugak sepasang
adeh
penangan Aaron Aziz punya pasal la nih
tiba-tiba beli baju raya kat Jakel taun nih, sebelum ni rembat kat supermarket je

harap-hrap dapat jadi hansem macam dia, kah3