Monday, September 9, 2013

Aksi berbasikal



Sesi menayangkan basikal masing-masing.Itulah gelagat anak-anak saya dengan basikal mereka.Yang sulung tu nak tayang basikal yang dia baru sembur cat sendiri.Dari hitam disemburnya cat putih.Anak perempuan pula dengan basikal pink barunya.Manakala yang ketiga tu pun nak join sekali dengan basikal kecilnya.

Aktiviti main basikal ni kat halaman rumah jer setiap petang kalau hari tak hujan.Masing-masing dengan aksi sendiri.Kadang-kadang tu bergaduh juga sesama mereka.Biasalah budak-budak ni.Kalau tak bergaduh dalam sehari tu tak sah jadinya.

Bapa budak ni nak main basikal juga,tapi belum beli.hehe.Dah berumur ni segan pula nak kayuh basikal keliling kampung.Kalau ada geng tu seronok juga kan.Patutlah sekarang ni ramai beli basikal kayuh kat dalam rumah jer.Tak perlu berpanas dan berhujan.Tapi rajin ker?

3 comments:

krole said...

huhuhu best jgk berbasikal ni...secara tak langsung menyihatkan badan huhu~ kalola rumah kte dkat bro...bule jadi geng berbasikal keliling kmpong huhu~

Sop Nama Saya said...

bagus ada laman
boleh berbasikal dan bermain :)

jaakechik said...

sedapnya ada basikal sorang satu, boleh race petang2....ngeee!