Sunday, October 20, 2013

Bersantai di tebing Sungai Kelantan



Kali ini saya nak bawa anda semua bersantai di tebing sungai Kelantan.Saya sendiri pun dah lama tak ke sini. Sekarang dah ada laluan untuk bersiar-siar melihat pemandangan sungai Kelantan.Sungguh cantik dan mendamaikan suasana pada waktu petang.



Sesuai bersantai bersama keluarga.Ada juga yang bersama pasangan.Tapi awas...jangan buat maksiat yer.Kadang-kadang sakit mata melihat pasangan muda-mudi berdua-duaan kat tempat tumpuan ramai ni.Satu perkara lagi, saya nampak ada yang tak bertanggungjawab meninggalkan bekas makanan dan minuman sesuka hati.



Kelihatan sebuah bot membawa penumpang untuk ke pulau berdekatan




Mini dataran kat depan tu bolehlah menampung bilangan  penonton yang  kecil.



 Tambatan Diraja..tempat bacaan banjir setiap kali musim tengkujuh





 Ada tempat duduk yang selesa,menghadap terus ke sungai Kelantan



 Pokok apa..saya pun tak tahu.



 Menara tinjau yang boleh dinaiki pada waktu tertentu.Lupa pula nak 
tengok waktu dibuka untuk dikunjungi pelawat.



Bye....jumpa lagi!

No comments: