Saturday, November 23, 2013

Jom pergi kenduri


Cuti sekolah bermula, macam biasalah banyak kenduri kahwin.Saya ada juga menerima beberapa undangan perkahwinan. Undangan daripada rakan sekerja, orang kampung dan tak ketinggalan bekas anak murid!

Insyaallah, saya akan hadir ke majlis tersebut. Orang jemput kita tu...tak elok kalau tak pergi kecuali ada masalah yang tak dapat dielakkan.Bercakap pasal kenduri kahwin, sekarang ramai yang memilih untuk mengadakan kenduri kesyukuran.Maksudnya jemputan tak perlu berikan wang kepada tuan rumah.Hanya datang makan saja.Tapi bagi jemputan perempuan, adalah juga dibawa hadiah untuk pengantin.

Ada orang yang menerima berpuluh-puluh undangan perkahwinan. Itu tandanya anda orang popular.Tapi ada juga yang suka kalau tak dijemput.Hai....macamana pula tu?

1 comment:

Vee Lea said...

Huu.. Byk nya invitation..