expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, November 23, 2013

Ustaz Kazim Elias


Ustaz Kazim Elias memang sudah dikenali ramai. Kali ini saya akan paparkan buku karya beliau yang turut menjadi salah satu koleksi buku  bacaan saya. Tuhan Sedang Menguji Kita...tajuk yang sangat menarik perhatian saya. Patutlah ramai yang membeli buku ini...dah jadi best seller tu.


Buku terbitan Karangkraf yang setebal 317 muka surat ini mengandungi pelbagai isu menarik diketengahkan oleh penulis dengan cara santai. Saya suka cara ustaz Kazim dalam memberikan contoh-contoh peristiwa dalam menghuraikan sesuatu tajuk. Terdapat juga contoh yang ada kaitan dengan diri beliau sendiri. 

Antara paparan menarik dalam buku ini ialah indahnya sabar, Manisnya ujian Allah, Pesanan buat mereka yang takut, Ujian meninggikan darjat, Kesempitan hidup adalah ujian, Duhai isteri..kasihku sehabis meter, Cinta itu menyedarkan, dan banyak lagi.Dapatkan buku ini di pasaran dengan harga cuma RM 19.90 di semenanjung dan RM 22.90 di Sabah dan Sarawak.

Saya petik kata-kata ustaz pada halaman 161...Ingatlah...andai hari ini anda melapangkan dan memenuhi hasrat orang lain, pasti suatu hari ALLAH akan memenuhi impian dan hasrat anda pula.Yakinlah....

Ok,Selamat membaca!

1 comment:

  1. Ada juga org yg x perasan yg dirinya sdg di uji.di uji brmkna allah msih menyanyangi kita..x nk kita leka dan alpa

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.