expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, November 12, 2013

Kami sudah bersara


Akhirnya tiba juga hari persaraan. Soerang guru dan seorang staf tempat saya bertugas telah diraikan dalam satu majlis persaraan di sekolah. Majlis yang diadakan secara sederhana kerana dalam musim peperiksaan, bagaimanapun berlangsung dengan penuh meriah dan sedikit emosi, maklumlah suasana sedih nak berpisah dengan rakan sekerja dan anak-anak murid kesayangan.

Puan Muhaini, guru Sains yang berpengalaman telah memilih untuk bersara awal. Beliau juga adalah bekas guru saya dulu semasa mengajar saya di tingkatan dua. Tak sangka yer dulu bekas guru, dah jadi rakan sekerja dan kini telah bersara.

Puan Kamilia adalah pembantu makmal yang berpengalaman dan mudah mesra. Dah lama berkhidmat di SMKAM ni, tentunya ramai pelajar yang mengenali beliau. Semoga kedua-dua yang telah bersara  ini dapat memenuhi masa persaraan  dengan aktiviti yang diidamkan atau mungkin yang tertangguh semasa kesibukan waktu bekerja dahulu. Selamat menempuh alam persaraan.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.