expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, November 19, 2013

Sheila Majid tetap best


Saya memang minat dengan lagu-lagu nyanyian Sheila Majid (sekarang Datuk). Dulu saya sanggup beli tape penyanyi ini yang original lagi tau. Sekarang ni tinggal beberapa keping tape yang masih dalam simpanan. Lain-lain...entah ke mana, jadi permainan anak. Silap saya juga tak simpan elok-elok. Lagipun sekarang mana ada kaset lagi kan...semuanya pakai CD.


Lagu-lagu nyanyian ratu jazz ini memang mendapat tempat di hati saya dan anda yang meminatinya. Ada orang tak suka lagu berentak jazz, tapi saya suka. Masing-masing punya minat lah kan.

Lagi gambar...


Yang ni CD Legenda. Tinggal CD nya saja. Kulit album ni entah ke mana anak-anak saya letak. Aduh..nasib baik CD tu dapat diselamatkan. Harap-harap kuli album Legenda ini akan dijumpai semula.


Koleksi emas ni saya paling sayang tau! Banyak lagu best dalam album ini. Sesekali mendengar semula lagu-lagu lama ni best juga. Ada auranya yang tersendiri. Selamat mendengar.

7 comments:

  1. KLMJ sungguh tape tu..ada lg x eh org dnga lagu melalui tape mcm tu?

    ReplyDelete
  2. Takde kot.hehe..jadi klasik macam piring hitam zaman p ramlee

    ReplyDelete
  3. Simpan boleh buat kenangan...boleh jadi barang antik lelama esok.

    ReplyDelete
  4. Assalammualaikum...KM7,

    KM7 peminat tegar shiela majid.. ooo.. dulu minat gak. Tapi minat gitu2 aje..

    mselim3

    ReplyDelete
  5. Dulu2 pun minat dier ni.. len dari yg len & tersendiri.. done nuffnag juga

    ReplyDelete
  6. saya minat artis retro....dulu ada koleksi kaset saleem iklim, laksamana, spring dan banyak lagi....tapi sekarang kaset tu pun entah ke mana perginya.....

    ReplyDelete
  7. tipah tertipu bang...tipah tertipu..hahaha

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.