Friday, November 15, 2013

Tukar bateri kereta


Pakai kereta ni kena rajin check bateri. Kalau tidak, beginilah jadinya. Kereta saya tak boleh start kerana bateri dah 'kering'. Nasib baik masa tu kat rumah.Kalau kena di kawasan jauh dari rumah orang atau kedai, boleh buntu juga jadinya.

Maka saya pun tukarlah bateri baru. Saya memilih bateri berjenama Century. Bateri sel kering ni berharga RM 200. Pasang sendiri jer kat rumah. Setakat nak tukar bateri kereta tu bolehlah dibuat sendiri kan! Nak pasang bateri ni pun kena betul caranya. 

Mula-mula matikan enjin dan keluarkan kunci kereta. Jauhkan bateri daripada percikan api, api dan api rokok. Tak payah merokoklah masa nak tukar bateri tu.Kan meletup pula bateri dan kereta.hehe..Kemudian tanggalkan bateri dengan mengeluarkan kabel negatif daripada bateri diikuti dengan kabel positif. Longgarkan pendakap bateri dan keluarkan bateri. Sekarang pasanglah bateri baru, dan pastikan pendakap tadi diketatkan dengan kukuh.Akhir sekali pasangkan kembali dengan memasang kabel positif diikuti dengan kabel negatif.Start enjin....boleh jalan...hehe senang kan!

3 comments:

Nazayiena Ayiena said...

Kak Nurul bawa keta je tahu,bateri tu semua suami yg tukarkan.

Mohd Ghazali Abdullah said...

biasalah kan suami jaga kereta isteri.hehe

Sukma Haron said...

saya baru jer tukar bateri kereta hari tu....tapi guna bateri basah jer....