Thursday, November 14, 2013

Jom ke klinik 1 Malaysia


Anda kalau demam pergi klinik mana? klinik kerajaan atau swasta? Duit banyak mestilah ke klinik swasta kan..Kali ni mari kita tinjau klinik I Malaysia pula. Saya baru jer ke sana bawa anak demam. Klinik kemas,bersih dan layanan pun baik.

Bayaran yang dikenakan cukup murah untuk warganegara iaitu RM1 sahaja. Bagi yang berusia 60 tahun ke atas percuma. Paling best, klinik ni dibuka setiap hari tanpa mengira cuti umum, bermula 9 pagi hingga 10 malam. Biasa kalau hari cuti umum, klinik swasta pun tutup kan.

Saya rasa klinik 1 Malaysia ni baguslah terutamanya bagi mereka yang tak mampu untuk mendapatkan rawatan di klinik swasta. Semoga kerajaan akan menambah lagi bilangan klinik 1 Malaysia.

1 comment:

Aefa Aerisya said...

aefa suke g klinik 1M :) dah beberapa kali pergi.