Sunday, December 1, 2013

Rifqi & Farah 2013


Tahniah dan selamat pengantin baru kepada Rifqi dan Farah. Tahniah juga kepada cikgu Zawawi dan keluarga kerana menerima menantu pertama. Tak lama lagi dapat pangkat Datuk lah yer.hehe...



Majlis Resepsi di rumah pengantin lelaki di Kok Lanas berlangsung hari ini. Ramai juga tetamu atau jemputan tadi. Makanan semua sedap-sedap yer!.Manakala majlis di rumah pengantin perempuan di Manir, Kuala Terengganu telah selamat diadakan pada 28 November lalu.


Sempat juga bergambar dengan pengantin baru



Bagus juga majlis ni sebab dapat mengumpulkan rakan-rakan sekerja yang lama. Ada yang telah pencen, dan ada juga yang bertugas di tempat baru. Selain itu tempat perjumpaan guru dengan bekas pelajar. Dengan kata lain, selain menghadiri kenduri kesyukuran, dapat juga mengeratkan  lagi silaturrahim.


Kad jemputan dan cenderahati daripada pengantin. Terima Kasih.

1 comment:

Nor' Adilah ( نور عاديله بنت زينال عابدين ) said...

Alhamdulillah, smua masih shat walafiat. Moga cikgu2 smua berada dalam lindungan Allah SWT. Aminn :)