Sunday, December 1, 2013

Sotong Bakar


Selamat datang Disember. Entri pertama bulan ni adalah sotong bakar dan aiskrim Rantau Panjang. Kalau sesiapa ke Kota Bharu pada waktu malam, memang senang nak dapatkan sotong bakar ni. Rasanya memang sedap kalau kena dengan cara proses sotong tu.


Dalam gambar kat atas tu nampak besar-besar sotong yang digantung. Harga seekor sotong tu ialah RM 18. Fuhhh... ada yang sanggup bayar RM 18 untuk sotong tu?Saya beli yang bersaiz kecil...oh ya harga sotong bergantung kepada saiznya. Selepas dibakar,sotong tu akan digelek dalam mesin khas supaya bentuknya rata dan mudah dimakan. Sotong ni dimakan dengan sos khas.

Aiskrim Rantau Panjang...tak tahulah dari mana dapat nama tu. Mungkin aiskrim ni berasal dan popular di Rantau Panjang kot.Dalam gambar tu nampak kuning sebab cahaya lampu jalan. Sebenarnya aiskrim ni berwarna-warni dengan pelbagai  'aksesori' seperti kekacang dan lain-lain kat atasnya. Rasa...biasa jer. Harga segelas kecil tu RM2. Selamat mencuba!

4 comments:

indexiapk said...

wah, sedap tu

artiirhamna said...

sedapnye,,, kat pontianak pun ada, namanya sotong pangkong, dia pun dibakar juga :D hampir samalah...

toyolkiut said...

Terliur jugak sotong tu..
Cam sedap je..

Ahmad Zaki said...

Pagi2 dalam kelaparan ni... Ternampak entry ni. Sedap2...