Monday, January 20, 2014

Berhati-hati guna RM 20


Berhati-hati dengan penggunaan duit kertas RM 20. Walaupun duit kertas ini dah lama di pasaran, namun kita sering tertukar dan menganggapnya wang RM 10. Saiz dan warna yang hampir sama dengan wang kertas RM 10 menyebabkan penjual dan pembeli sering keliru kalau tidak diperhatikan betul-betul.



Kisah benar yang terjadi kepada puan isteri saya petang tadi. Dia membeli beras pulut dan gula-gula seperti dalam gambar kat atas tu di sebuah kedai runcit. Anak perempuan kami yang berumur 6 tahun sebagai saksi yang menyerahkan duit kertas RM 20 kepada pekedai. Jumlah belian RM 6 sahaja. Pekedai itu memberi baki RM 4, dan isteri saya menerima baki tu tanpa menyedari jumlah sebenar tidak cukup RM 10 lagi.

Mereka keluar dari kedai itu...tiba-tiba terlintas di fikiran nak beli beberapa barang lagi kat kedai tu. Masa nak bayar baru perasan baki tadi tak cukup. Beritahu pekedai tu..tapi sayang...pekedai tu tak mempercayainya. Aduh...baru beberapa minit dah tak perasan. Apa salahnya check semula duit dalam laci tu..Ini tidak...buat-buat tak tahu seolah-olah isteri saya tu sengaja nak menipu.

Memang sebagai pembeli, isteri saya sepatutnya periksa dulu baki tu semasa di kaunter. Susah juga untuk berkata benar dalam kes macam ni...ada pula yang tak percaya. Sebelum ni kalau pekedai tu tersalah bagi baki yang lebih, kita akan pulangkan semula kepadanya. Bila tiba giliran dia bagi baki tak cukup...dia buat tak kisah..huhu..Hmmm dah takde rezeki lah tu..Pekedai tu pun satu...tengah angau kot masa beri baki...tak perasan juga! Pengajarannya...berhati-hatilah apabila membuat pembayaran menggunakan duit kertas RM 20.

8 comments:

Linda said...

Saya pernah bayar dgn rm20 pastu terus nak jln..nasib penjual tu pulak yg ingatkan ambik baki. Mmg x perasan kdg2..

Nurul Aini said...

Sangat keliru dengan warna wang kertas sekarang. Duit syiling pun sama..20sen 50 sen..Tak ada..saiz lebih kurang.

Abak Lorong Cinta said...

betul2... slalu tjadi..tq atas ingatan ini..

atien zuraidah said...

Pernah jadi juga mcm ni,org bayar saya cukup,tp saya ckp kurang lg rm10.huhuu rupanya dy bg duit rm20.ada jugak yg bagi terus jalan,nasib baik sempat panggil.

Ahmad Zaki said...

Tu la. Kena pekedai yang baik hati, diorang akan panggil balik. Tapi jarang nak jumpa macam tu zaman sekarang ni.

ZH Blogger

Normi Nieza said...

jangan halalkan yg RM10.00 lagi tu..huhu

wai bee said...

abak lorong cinta.....mcm penah nampak jg kamo...tpi kt mne yerrrr

Ahmad Zaki said...

Assalamualaikum...

Kes ni samalah macam masa mula-mula duit baru RM50.00 yang sebelum ini. Orang ada yg keliru antara not RM50.00 dengan RM1.00

Saya pernah nampak pemandu merangkap konduktor bas memberi baki pada penumpang bas RM50.00, yang saya sangat percaya sebenarnya dia nak beri RM1.00 sahaja... Penumpang bas warga Indonesia itu macam sengeh je terima duit tu.. terus masuk dalam poket, buat tak sedar...