expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, January 4, 2014

Cermin keretaku retak


Cermin keretaku retak hampir pecah! Aduh...duit lagi, macam tahu-tahu saja dapat bonus...Nak claim insurans tak dapat...pasal masa renew insurans hari tu tak cover untuk cermin. Hmm berapa RM pula nak melayang kali ni. Apa cerita sebenarnya jadi macam ni...Meh nak story sikit...


Kononnya petang tadi dalam pukul 6.00 petang kami sekeluarga keluar untuk potong rambut anak sulung ,Imdad. Cadangan juga nak potong rambut Sadiq yang dahpun berusia 3 tahun, tak pernah potong rambut lagi. Dia ni jenis rambut tak lebat dan lambat panjang.


Dalam kereta, budak-budak ni bukan boleh duduk diam. Ada-ada saja yang nak dilakukan...tapi masih terkawal. Entah macam mana si Sadiq ni pun nak melompat dalam kereta semasa berada bersama mami nya di tempat duduk depan sebelah saya yang sedang memandu ketika itu. Dush!.....kepalanya terhantuk pada cermin kereta....terus pecah macam dalam gambar kat atas.

Yang hairannya Sadiq takde pula menangis ker apa....rileks jer...cuma nampak terkejut. Eh..tak sakit ker kepala budak ni? risau juga kami. Memang sah...dia ok jer. Aduh...senangnya cermin tu pecah. kena kepala budak pun dah retak seribu.Opss.takde lah sampai seribu...Padahal masa kena tadi takdelah kuat sangat. Keras juga tandukan Sadiq sampai pecah cermin kereta.Hmmm dah sampai masanya...


Pandangan dari luar cermin depan yang retak. Sehingga entri ini ditulis, saya belum tukar lagi cermin tu. Tengoklah sehari dua lagi camana. Mahal juga kan cermin baru ni.



Inilah Sadiq...tahu pun dia merajuk apabila kejadian tadi berlaku
seolah-olah dia tahu cermin tu pecah disebabkan dia.


Muka budak merajuk....

6 comments:

  1. astaghfirullahal'azim
    kuat gila kepala dia!!!
    Eh tapi betul lah :D
    Memang ada banyak cerita yang
    kepala yg hentak akan retakkan cermin tu.

    ReplyDelete
  2. hehee...kira awk ok g kot nak rasa bonus..sy pnya bonus dah melayang reper satu pntu kete disebabkan org langgar lari..huhu

    ReplyDelete
  3. boleh repair lagi cermin tu kat dr cermin :)
    kalau ada insurans cermin, boleh gi tukar
    yg ptg kepala anak2 selamat

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah kepala anak selamat.

    ReplyDelete
  5. keras betul kepala sadiq.nasib baik takde apa apa ya pada dia.

    ReplyDelete
  6. nasib baik tak ada apa-apa, kepala anak selamat...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.