expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, January 8, 2014

Ibu tiri yang zalim

Keratan Berita Harian 8/1/14
Ramai yang dah baca berita pasal kekejaman ibu tiri dalam akhbar hari ini kan....Tak sangka ada juga manusia yang berkelakuan sedemikian. Rasanya haiwan pun kasihankan anak sendiri.....inikan pula manusia.Walaupun anak itu sekadar anak tiri, sanggup pula ibu tiri memperlakukan sedemikian.

Bukan semua ibu tiri kejam...tapi sejak dulu lagi status ibu tiri sering dipersoalkan dari segi memberi kasih sayang kepada anak tiri. Sebab itu ada dalam kalangan anak-anak yang tak suka kalau bapa mereka ingin kahwin lagi, kerana mereka takut untuk mendapat ibu tiri.

Kita perlu fikirkan juga faktor kenapa ibu tiri itu berkelakuan sedemikian. Mungkin dia menghadapi tekanan perasaan atau ingin membalas dendam terhadap seseorang atau sesuatu perkara. Kalau seseorang yang normal fikirannya, mustahil akan bertindak dengan cara sedemikian.

Dunia akhir zaman, macam-macam boleh berlaku. Kasih sayang seolah-olah telah hilang dalam diri seseorang yang bergelar ibu. Kalau ibu pun tak sanggup membela anaknya, pada siapakah lagi anak-anak akan bergantung kasih dan harapan...oh.... kejamkah dunia?


2 comments:

  1. ada juga tgk berita semalam.. mmg kejam..

    ReplyDelete
  2. ada tengok kat tv1.. memang kejam pun.. takde hati perut, takde belas kasihan org macam nie..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.