Friday, January 24, 2014

The making of Sagupal


Sejenis kuih Melayu yang popular suatu masa dahulu, Sagupal namanya.Kini kuih itu kembali popular dan banyak dihidangkan dalam majlis seperti perkahwinan dan sebagainya. Sedap juga disediakan untuk minum petang bersama keluarga atau jiran tetangga.Saya akan memperkenalkan kuih ini secara umum saja kerana belum lagi mendapat resepinya secara terpeinci.



Bebola daripada kacang yang dikisar (seperti dalam gambar pertama) akan dibalut dengan biji sagu yang telah dimasak atau direndam dengan air panas. Penyediaan sagu ini sangat penting kerana sagu inilah yang akan membaluti bebola kacang tadi. Kalau silap bancuhan, mungkin menjadi terlalu keras mahupun terlalu lembik.


Bebola kacang yang digumpal atau dibaluti dengan adunan sagu. Pasal ni kot namanya Sagupal...iaitu sagu yang digumpal.Sila jaga kebersihan semasa proses menggumpal yer...contohnya pakailah sarung tangan ker apa ker...Penting juga...kuku mesti pendek.hehe..


Inilah hasilnya sagupal yang siap digumpal tadi


Dah banyak pun....bolehlah dimasak dalam air mendidih.


Kuahnya pula daripada adunan santan dan beberapa ramuan lain untuk kasi sedap....Sagupal yang dah masak tadi bolehlah dimasukkan dalam kuah ni...siap untuk dimakan...hmmm sedap...Jemput makan semua..

3 comments:

Akeyla Azmi said...

hehehehhehhee kelik kelate sedak gilo ni hihihihihi

zamizi jusoh said...

pilihan popular di bulan Ramadhan

Sop Nama Saya said...

lama xmakan :)