Friday, January 24, 2014

Tips membaca di tempat awam


Membaca dapat menambahkan ilmu, di samping boleh memenuhi masa lapang seseorang. Tapi berapa ramaikah dalam kalangan kita yang suka membaca di tempat awam seperti semasa menunggu bas, di restoran, hospital dan sebagainya? Rata-rata malu membaca di tempat awam kerana takut dilabel sebagai ulat buku. Kali ini saya akan berikan tips mudah bagi mereka yang segan membaca buku di tempat awam.


Salah satu sebab segan membaca di tempat awam ialah bimbang orang lain mengetahui buku apa yang sedang kita baca. Jadi saya cadangkan balut saja buku tu dengan kertas yang tidak akan menarik perhatian ramai ke arah buku yang sedang kita pegang. Guna saja kertas kalender atau apa saja sebagai kulit sementara buku itu. Tidak digalakkan menggunakan warna terang, bercorak atau bergambar kerana ia akan mengundang mata-mata di sekitar kita untuk memerhatikannya.


Balut macam biasa jer. tak perlu diletakkan gam atau loytape kerana balutan ini sementara saja. balik rumah nanti boleh dibuang semula dengan senang. Tapi bagi yang nak balut secara kekal boleh juga, cuma tak best lah kan kita sembunyikan kulit buku yang cantik tu.


Bahagian depan, saya tutup juga helaian pertama yang mengandungi judul atau tajuk buku. Manalah tahu kan...ditiup angin kan nampak pula judul buku yang sedang kita baca. Kalau ada orang lain yang mendekati dan nak tahu buku apa yang kita sedang baca...itu sudah bagus...seolah-olah kita telah buat mereka tertarik untuk membaca.


Sekarang dah siap...simple saja dan boleh dibawa ke mana-mana. Saya boleh membaca buku tu tanpa mempedulikan orang lain mengetahui buku apa yang saya sedang baca. Kat tepi bawah tu bolehlah ditulis nama, kot-kot kita sendiri lupa yang itu adalah buku kita. Tak perlu dibuat lukisan atau apa-apa yang boleh membuat orang lain memandang ke arahnya. Ingat...itu adalah pembalut sementara saja..boleh dibuka dan dibuang bila-bila masa....Selamat mecuba dan selamat membaca.

3 comments:

sukma Haron said...

Tip menarik tu....

hijau zamrud said...

nice sharing. tp kalau saya, lebih rela x payah balut buku. apa salahnya kalau org kalau ape yg kita baca

Abak Lorong Cinta said...

Boleh cuba ni... hihi