Saturday, January 25, 2014

Akhirnya pokok durian pusaka ditebang


Inilah pokok durian pusaka yang akan ditebang hari ini. Pagi tadi ada seorang makcik datang meminta kebenaran untuk menebang pokok durian itu.Kononnya pokok durian itu berada di sebelah tanahnya yang akan dibina rumah.




Pandangan dari jauh pokok durian yang akan ditebang. Yang sudah ditebang itu adalah 3 batang pokok durian miliknya. Nak ker tak nak ker...setelah difikir-fikirkan maka saya bersetuju supaya pokok durian arwah datuk dan arwah ayah saya itu ditebang. Bukan tak sayang pada pokok durian tu...sayang sangat sebab pokok itulah yang sering berbuah dan isinya sangat sedap.Masa arwah ayah ada dulu, dia sering bawa pulang buah durian dari pokok itulah.


Satu lagi pandangan pokok durian dari sebelah rumah berdekatan. Itulah peredaran masa. Kalau dulu kebun durian banyak kat kampung tapi sekarang sudah banyak pokok durian yang ditebang, dan ada yang menanti masa untuk ditebang bagi projek pembinaan rumah. Masa datuk nenek kita dulu mereka menanam pokok durian untuk anak cucu, tapi apabila tiba giliran anak cucu...pokok-pokok itu terpaksa ditebang untuk membina rumah. 

Untuk pengetahuan, pokok durian yang nak ditebang tu dibayar RM 50 sahaja kepada kami. Kalau dikira memang tak berbaloi dengan hasil durian setiap kali berbuah. apa boleh buat, tak ditebang kan bahaya pula kepada rumah yang akan dibina berdekatan.


Sebagai kenangan, anak-anak saya bergambar dengan berlatarbelakangkan pokok durian tu. Generasi keempat ini sempat lagi tengok pokok durian yang ditanam oleh moyang mereka. Saya pernah membuat entri pasal pokok durian ini 4 tahun lepas. Sila KLIK SINI. Demikianlah riwayat hidup pokok durian pusaka. Tahun ni tak dapatlah nak makan buah durian dari pokok sendiri.

5 comments:

Ahmad Zaki said...

Assalamualaikum.

Telah banyak kita pada hari ini terpaksa "berkorban" atas sebab pembangunan.

Suatu hari nanti kampung pada zaman-zaman akan datang dah takde rupa kampung macam sekarang ni.. Mungkin sangat dah takde beza dari segi "rupa" antara kampung dan bandar.

Juga dikuatiri generasi kanak-kanak akan datang hanya kenal pokok durian, rambutan dan lain-lain buah-buahan kampung hanya dalam gambar, sebagaimana hari ini ada kanak-kanak tak kenal "pokok padi" dan beras.

Zaman sekarang ni pun ada orang dewasa yang tak kenal "buah binjai". Mungkin dia itu keturunan yang hanya lahir di bandar, tiada berkampung...

Mia Liana said...

sayangnya..... susah nak jumpa pokok durian yang buahnya sedap...

kat kampung mia pun dah kena tebang... huhuhu

Akeyla Azmi said...

rindunyaa nok kelik kelate T_T

Normi Nieza said...

kna bli dah la past nie..:)

Sukma Haron said...

kat kampung saya ada 2 batang pokok durian pusaka tanaman nenek moyang kita telah ditebang...hasilnya memang lumayan...yang tinggal sekarang hasil tanaman pokok durian aruah ayah saya..sampai sekarang masih menikmati buahnya......