expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, February 26, 2014

Betik sudah ditebuk...


Biasa dengar kelapa ditebuk tupai. Yang ni pula apa kes? Betik ditebuk apa..tupai? burung? musang? atau angkara manusia? Entahlah..saya tak tahu. Petang tadi baru perasan buah betik kat depan rumah sudah separuh dimakan dengan buah masih berada pada pokoknya.Buah tu pun macam belum masak sepenuhnya.



Kejadian kali pertama ni...Sebelum ni elok saja buah tu masak tanpa diganggu oleh burung atau apa-apa saja. Lagipun buah-buah yang masih ada pada pokok tu bersaiz kecil berbanding yang sebelumnya. Kira rezeki burung, tupai apa sajalah yang makan buah tu. Cuma bimbang juga kalau makhluk tersebut dah biasa makan, nanti buah yang lain pun akan diganggu juga lepas ni.

Berbalik kepada gambar kat atas yang saya rakamkan guna handphone Sony Experia Z1...suka pula tengok...macam cantik jer kan..sorry puji diri sendiri.hehe...Gambar yang saya masukkan dalam blog ni sebenarnya telah dikecilkan saiznya untuk cepat upload...Jadi kalau ada yang klik pada gambar untuk besarkan...mesti nampak kabur atau kurang jelas...Jadi tak perlu besarkan lagi yer....

2 comments:

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.