expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, February 25, 2014

Ketam besar ni!


Alhamdulillah, kali ni kami berpeluang makan ketam besar..huhu..besar mana tu?Tengoklah gambar tu...seekor ketam penuh sepinggan.Bukan senang juga nak makan... siap ada acara ketuk-mengetuk kulit ketam yang keras untuk dapatkan isinya. Menu apakah masakan puan isteri saya malam ni...saya pun tak tahu..yang saya tahu, ketam.haha..




Nampak cantik dan berseni pula kulit ketam ni. Harga seekor ketam tu adalah RM 5. Tadi saya beli 4 ekor saja..cukuplah untuk kami sekeluarga. Gambar-gambar ni adalah sebelum ketam-ketam tu dimasak yer.







Akhirnya... inilah kesudahannya semua ketam berjaya 'dikerjakan'...habis bersepah dengan kulit ketam. Nasib baik makan kat rumah, bolehlah sepah-sepah mengikut citarasa. Kalau makan kat kedai...malu jer nak buat macam tu. Ketam besar macam ni lah yang dibuat maggie ketam  dengan harga mencecah puluhan ringgit. Saya belum pernah lagi merasa maggie ketam...

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.