expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, February 11, 2014

Biawak dalam tangki air


Misteri air berbau akhirnya terungkai...Lebih seminggu air dalam bilik air di rumah saya berbau kurang menyenangkan. Kesemua 4 bilik air yang menggunakan satu tangki utama, berbau airnya. Rupa-rupanya ada makhluk dalam tangki air tu...tak lain tak bukan..anak biawak. oh....tidaakkkkk... ada yang kembang tekak tengok anak biawak tu..



Masa tangkap biawak ni dalam tangki air tadi hidup lagi. Tapi apabila dimasukkan ke dalam bekas, nampak macam dah mati. Eh pandai pula biawak ni berlakon...Sebenarnya masih hidup lagi tu. 

Alkisahnya sebelum ni pernah paip air dalam satu bilik air tu tersumbat. Setelah dibuka semua..terjumpa macam ekor binatang dan tulang-tulang halus jer...Ingatkan ekor tikus, tapi setahu saya kat rumah ni takde pula tikus.Ishhh suspen betul. Masa tu air memang berbau. Memang sah bau tu dari bangkai biawak yang turut dijumpai dalam tangki. Kiranya sebelum ni dah ada anak biawak yang masuk ke tangki tu yang dah lama mati, selain yang berjaya ditangkap tadi.

Nasib baiklah air yang digunakan di sinki dapur untuk minum dan memasak tu tidak menggunakan air tangki, sebaliknya air direct dari  telaga di luar rumah. Ishh nak termuntah pun ada ni...


Persoalannya, macam mana anak biawak tu boleh masuk ke tangki yang memang tertutup rapat? Rupa-rupanya kat sebelah tangki tu ada 3 lubang angin yang tak bertutup.Macam dalam gambar tu la. Masuk melalui saluran tu kot...tapi tangki air ni tinggi...atas bumbung rumah....



Haaa...mungkin masuk dari lubang air kat luar rumah ni. Saluran  ni untuk buangan air lebihan dari tangki. Memang muat sangatlah anak biawak tu masuk. Dah setahun saya menduduki rumah ni dan memang perasan pun ada saluran tu, tapi tak terlintas pula nak tutup dengan apa-apa. Ishhh bahaya betul..bukan anak biawak, anak ular pun boleh masuk tu.



Inilah pandangan kedudukan tangki air dari luar rumah, yang bumbung kecil tu!



Jadi.... tangki air tu dikosongkan..Nampak macam berkelodak pada dasar tangki. Dah setahun guna tangki tu tanpa dibersihkan, rasanya kelodak terhasil sebelum kami menggunakan penapis air di luar rumah dulu. Sekarang air dah jernih sebab kat luar rumah dah dipasang penapis air yang besar lagi tu!



Habis satu tangki tu saya basuh menggunakan sabun. 
Oh ya, operasi membuka tangki hari ni dilakukan 
oleh adik ipar saya. Saya pembantu jer.hehe...



Kira dah berbau wangi semula tangki air ni....



Ketiga-tiga lubang angin tu ditutup dengan jaring, begitu juga dengan lubang di bawah tadi. Harap-harap lepas ni kejadian yang sama tak akan berulang. Anak biawak tu saya dah lepaskan ke hutan berhampiran...baik kan saya...hehe...Kepada anda yang menggunakan tangki air seperti kat rumah saya tu, eloklah sesekali buka tangki tu. manalah tahu ada makhluk yang tak diundang berada dalam tangki air yang kita gunakan sehari-hari.



Akhirnya...inilah satu pemandangan yang sempat saya rakam semasa
berada di atas bumbung, tempat tangki air di rumah saya.
Sekian,terima kasih kerana sudi membaca kisah benar ini.




9 comments:

  1. Eeiuuuu..kembang tekak.buat mandi rasa nk gosok 1 bdn ni,bau biawak.hehee..

    ReplyDelete
  2. mujurlah x masuk tikus...nanti terkena penyakit air kencing tikus..bahaya tu...

    ReplyDelete
  3. alahai...kna slalu check tangki past nie..huhu

    ReplyDelete
  4. awok pernah kena dulu.... tapi kat jamban.... ade jugak awok upkan entri ni kat blog awok...

    http://dkosonglapan.blogspot.com/2013/05/misteri-makhluk-menumpang.html

    http://dkosonglapan.blogspot.com/2013/05/misteri-makhluk-menumpang-ii.html

    ReplyDelete
  5. macam comel je biawak tu..haha..nasiblah tangki air tu dibuat mandi bukan dibuat minum.kalau tak lagilah parah..

    ReplyDelete
  6. iks iks
    jika ada lubang2 cam tu mmg ada benda yg masuk
    biasanya ular dan binatang2 kecil lain

    ReplyDelete
  7. terima kasih kerana berkongsi cerita...dpt maklumat baru ....

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.