Saturday, March 15, 2014

Bunga kertas musim kemarau


Tengok bunga kertas kat rumah orang berbunga lebat, timbul pula keinginan nak tanam pokok bunga kertas.hehe..Kebetulan sekarang musim kemarau, pokok bunga kertas ni memang jenis suka panas. Kalau pokok bunga lain, kemarau macam ni mesti banyak yang layu kalau tak cukup air atau terdedah kepada panas matahari.



Jadi saya pun belilah 4 pohon pokok bunga kertas atau bourgenvilla ni. Beli kat pasar tani jer...Harga asal RM 7 sepohon, sebab saya beli 4 pohon, dijualnya RM 20 jer semua tu..Murahkan beli kat pasar tani ni..Pokok-pokok tu pun ada yang dah berbunga, jadi senanglah nak kenal warna bunganya.


Setakat ni pokok-pokok ni hidup subur lagi biarpun kepanasan



Dah berbunga pun..hehe..


Pandangan 4 pokok bunga kertas yang ditanam berdekatan.
Sila abaikan rumput menjalar kat sebelahnya,
Tak sempat dibersihkan lagi rumput sekitar.

ok..selamat menanam pokok di hari minggu,
Hijaukan bumi kita!

1 comment:

Akeyla Azmi said...

aaaaaaaaa
cantiknya bunga kertas tuuuuuuuu
heheheheheh lama dah taknampak real flowers depan mata ekeke~