expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, March 9, 2014

Burung dalam sangkar

Sumber foto: Google

Ketika ini kebanyakan blogger membuat entri pasal MH370. Sana-sini semua memperkatakan MH370. Sama-samalah kita berdoa agar diberi petunjuk di mana pesawat itu sekarang. Entri saya ini pasal burung yer..Tertarik dengan burung pelbagai warna dalam sangkar menyebabkan saya terpanggil untuk menulis tentangnya.



Sumber foto:Google

Segelintir dalam kalangan masyarakat kita suka membela burung dalam sangkar. Ada yang sanggup menghabiskan sejumlah besar wang membeli burung dan sangkar semata-mata untuk kepuasan diri memelihara haiwan tersebut. 

Sedarkah kita...dengan membela burung dalam sangkar, kita telah menyekat kebebasan burung tersebut? Biarpun sangkar itu sangkar emas dan diberi kemewahan dari segi makan minum...namun tidak cukup untuk memenuhi naluri si burung yang sememangnya inginkan kebebasan.

Perbandingan yang sangat mudah...kalau kita di tempat burung tersebut macamana? Saya rasa ramai yang tak sanggup hidup ibarat terpenjara dalam sangkar, cuma dapat melihat dari kejauhan kehidupan ini tanpa merasai sendiri nikmat kebebasan dalam hidup.

Jangan pula kita mementingkan diri sendiri semata-mata  untuk melihat kecantikan, keindahan pada setiap burung,serta menikmati kelunakan suaranya, maka kita sanggup mengurung burung-burung cantik ini dalam sangkar. Belajarlah untuk menghargai sebuah kebebasan!

1 comment:

  1. KM, kdg2 saya juga rasa saya dalam sangkar...heheh

    saya setuju dgn pendapat KM

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.