expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, April 8, 2014

Kertuk


Masa kecil dulu saya dah kenal apa itu kertuk. Biasa nampak kat surau, sering dipalu apabila masuk waktu solat. Fungsinya pada masa itu untuk memberi isyarat masuknya waktu solat.Kertuk dulu nampak simple saja dengan hiasan minima. Sekarang kertuk sudah tidak kelihatan di surau-surau. Kertuk sudah dijadikan satu alat muzik tradisional, dimainkan untuk sebarang pertunjukan kebudayaan mahupun untuk pertandingan.



Asas pembuatan kertuk terletak kepada sebiji kelapa yang dipotong pada bahagian atasnya, untuk menghasilkan bunyi apabila dipalu menggunakan pemalu ke atas kayu yang terletak di atas kelapa tadi. Sekarang kertuk sudah banyak warna, corak dan hiasan bgi menambah serinya.







Semoga alat muzik tradisional ini akan terus terpelihara dan
dikenali oleh generasi baru.

1 comment:

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.