expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, May 19, 2014

Apabila guru menjadi pelajar


Satu kejutan sambutan hari guru tahun ni, guru perempuan memakai uniform sekolah. Apakah gerangannya pula?hehe.. Barangkali sudah puas memakai uniform kerja, nak cuba kembali ke zaman persekolahan dulu-dulu. Apa-apa je lah..bagi peluang sekali-sekala nak lepaskan perasaan...jangan lepas perasan sudah...hehe..



Bukan main gembira lagi menggayakan pakaian sekolah masing-masing. Untuk makluman, uniform tu bukan tempah khas pun, cuma dipinjam daripada pelajar sekolah. Tak sangka masih muat baju-baju budak sekolah ni dengan cikgu-cikgu semua yer. Diorang ni bukan menggayakan saja uniform sekolah, bahkan turut membuat persembahan choral speaking...memukau semua penonton dengan bakat yang sudah lama terpendam. Kalau masuk pertandingan, tentu boleh menang untuk kategori pelajar lebih umur.hehe..





Bayangkan kalau hari biasa pun cikgu pakai macam ni ke kelas...



Gambar ni memang nampak macam kontroversi sikit.Tapi jangan risau...semuanya ok jer.. Banyak kenangan kami kat sekolah ni. Rasanya tak salah kalau saya ingin mengabadikannya dalam bentuk potret di atas. Maaflah kalau ada yang tak berapa suka.. Sehingga entri ini ditulis, gambar ni dah dapat lebih 300 like kat fb saya. Huhu...terharu sungguh saya dibuatnya. Terima kasih semua.... Sebagai kenangan, saya masukkan komen anda kat sini juga.





Tahniah kepada semua guru kerana sporting habis masa sambutan hari guru tadi...Rasanya tahun ni paling 'happening' buat warga guru. In sha Allah, kalau ada kelapangan saya akan buat beberapa entri lain pasal sambutan hari guru di sekolah. Terima kasih kepada semua yang terus menyokong blog saya yang tak seberapa ini.

3 comments:

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.