Wednesday, May 21, 2014

Wau Sobek


Wau sobek atau wau cantik memang dikenali di Kelantan. Wau ini juga dipertandingkan untuk memilih wau yang paling cantik dari segi kehalusan corak dan bentuknya. Wau yang menggunakan kaedah tebuk dan tampal ini bukan sesuatu yang senang untuk disiapkan.  Mengambil masa berminggu-minggu untuk disiapkan bergantung kepada corak yang dihasilkan. Tidak hairanlah harganya melebihi RM 600 dan mencecah sehingga ribuan ringgit untuk sebuah wau.



Beberapa istilah dalam pembuatan wau sobek ini. Pertama, tapak kijang, iaitu 2 bahagian kosong besar yang tidak ditampal ukiran. Kedua, bunga dada, iaitu bunga besar kat tengah badan wau. Ketiga, tali air iaitu garisan kosong tidak berukir di sekeliling wau dan tapak kijang.



Lukisan pada wau mestilah berbentuk tumbuhan menjalar



Proses melukis, menebuk dan menampal memerlukan ketelitian,
barulah wau sobek ini cantik.




Semoga wau sobek ini turut dikenali oleh generasi muda.

1 comment:

Khamsi Abdullah said...

Teringat ke Spe'in, pakcik pembuat wau jalan ke PCB..ade lagi ke tak tak tahu.