Tuesday, May 27, 2014

Pulut kuning pembakar semangat


Pulut kuning, ada juga yang menggelarkannya sebagai pulut semangat. Disediakan untuk pelbagai majlis seperti perkahwinan, pertunangan juga menyambut kelahiran. Warna pulut tu bergantung kepada tuan rumah atau tuan kerja lah kan...sebab pulut asal berwarna putih...boleh diwarnakan apa warna sahaja. Paling popular warna kuning...nampak kemewahan dan semangatnya. Jangan lupa...taburkan telur yang digoreng dan dihiris halus untuk nampak cantik sebagai hiasan dan dimakan bersama pulut tersebut. Majlis apa ni?...



Majlis makan-makan kesyukuran kat rumah ibu saya, untuk keluarga terdekat. Bersempena kelahiran ahli keluarga kami yang baru, anak saudara saya lah....Sama-sama masak dan sama-sama makan setelah solat hajat.





Inilah anak saudara saya yang terbaru...Ahmad....


3 comments:

Normi Nieza said...

sdapnya pulut kuning..:)

acik idah said...

Aduhhh... tiba2 jer macam terasa nak makan pulut kuning cecah rendang daging... perghh nikmat... :D

Fuza Musa said...

Kalau dikampung Fuza depa panggil "Pulut Hajat"