expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, May 6, 2014

Berperahu untuk ke sekolah


Berperahu untuk ke sekolah bukanlah perkara asing bagi pelajar di kawasan pedalaman Sabah, Sarawak mahupun sesetengah tempat di Semenanjung. Rutin harian ini terpaksa ditempuh demi mendapatkan ilmu pengetahuan buat bekalan masa depan. Entri kali ini akan membawa anda ke kampung Kekan, Dalat, Sarawak. Sebelum jam 7 pagi, anak-anak kampung Kekan ini sudahpun bersedia di atas perahu panjang ini untuk ke sekolah. Biasanya mereka dihantar oleh ibu bapa masing-masing dengan  perahu milik persendirian.



Biarpun jarak ke sekolah hanya 1 km dan mengambil masa lebih kurang 5 minit saja, aspek keselamatan tetap diutamakan. Anak-anak ini mesti memakai jaket keselamatan. Melalui jalan sungai untuk ke sekolah iaitu  SK St. Jude, Dalat  menyebabkan anak-anak ini ada cerita dan nostalgia tersendiri dalam usaha menuntut ilmu. Ketika rakan-rakan sebaya di tempat lain ke sekolah menggunakan bas sekolah mahupun dihantar dengan kereta mahupun motosikal oleh ibu bapa masing-masing, mereka pula terpaksa berhadapan dengan arus sungai yang kadang-kadang merisaukan terutamanya apabila musim hujan.


Kesibukan ketika waktu awal pagi dan tengah hari apabila 
ibu bapa menghantar anak-anak ke sekolah



Berpayung dari kepanasan menunggu anak-anak pulang dari sekolah


Pandangan sekolah dari arah sungai



Syabas dan tahniah kepada anak-anak dan ibu bapa yang sanggup meredah kesejukan pagi melalui jalan sungai untuk ke sekolah. Begitu juga kepada guru-guru yang berjasa kepada anak bangsa di SK St. Jude, di Dalat iaitu luar bandar di Mukah Sarawak ini. Jasa dan pengorbanan kalian sangat besar buat anak-anak di sini. Saya juga merakamkan terima kasih kepada Rebecca dari Dalat, Sarawak yang sudi berkongsi gambar dan cerita dalam blog ini.

3 comments:

  1. bagus nyaaaa :D
    kalau dkt kl ni semua malah blako hehe

    ReplyDelete
  2. Di sk nanga nyimoh,song,sarawak pon sama ckgu.tp kebnyakan murid tinggl di asrama.hujung mnggu ibu/ayah akan datang ambil dngan perahu..:-)

    ReplyDelete
  3. Di sk nanga nyimoh,song,sarawak pon sama ckgu.tp kebnyakan murid tinggl di asrama.hujung mnggu ibu/ayah akan datang ambil dngan perahu..:-)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.