Thursday, May 8, 2014

Terima Kasih Cikgu


Satu jamuan telah diadakan di sekolah tadi oleh bekas pelajar SMKAM, SPM 2013. Jamuan terima kasih cikgu sebagai menzahirkan rasa terima kasih kepada semua cikgu SMKAM atas segala jasa bakti yang dicurahkan selama ini.



Sekalung penghargaan dan tahniah kepada semua pelajar SPM 2013 yang terlibat secara langsung mahupun tidak dalam menjayakan majlis ini. Selain jamuan nasi beriani dan pelbagai kuih serta kek yang sedap, majlis di dewan Al ghazali SMKAM ini diserikan dengan ucapan dan cabutan bertuah. Jom tengok gambar....













Semoga anda semua akan berjaya melanjutkan pengajian dalam bidang
masing-masing sama ada dalam mahupun luar negara.
terima kasih daripada KM7.com

2 comments:

Shaiful Zaidi said...

Meriah betui majlis ni...alhamdulillah ingat jugak pelajar2 ni kat cikgu depa..

Shida Radzuan said...

teringat pula kat cikgu sekolah dulu2 huhuu..