expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, May 29, 2014

Makan ayam bersama Cristiano Ronaldo


Hari yang cukup bertuah kerana dapat makan bersama Cristiano Ronaldo.Haha...sila jangan percaya..Siapalah saya nak makan dengannya kan! Ini semua KFC punya pasal...maka kami ke sana untuk menjamu selera yang sememangnya berselera sempena cuti-cuti sekolah ni. Tapi kan.. rasa macam kecil jer seketul ayam KFC sekarang ni.Huhu..Nasib baik anak-anak tak berapa nak suka makan ayam...seketul seorang jer mereka makan. Kami pilih pakej ni..



Budak-budak ni bukan nak makan sangat....main jer lebih. Tak dapat main kat taman permainan, main kat KFC pun jadilah. Kira ada manfaatnya juga KCF menyediakan satu ruang untuk anak-anak bermain. Sambil anak-anak bermain...bolehlah ibu dan bapa makan... Ini bukan kali pertama kami makan KFC versi Cristiano Ronaldo. Sebelum ni pun dah makan, cuma edisi bawa balik ke rumah..



Hmmm itulah kisahnya..makan ayam...Kalau Cristiano Ronaldo baca entri ni kan bagus..haha..Terfikir pula saya, Cristiano Ronaldo tu suka tak makan ayam KFC?hehe. 

1 comment:

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.