Sunday, August 17, 2014

Cuci mata cadar baru


Bila kali terakhir anda menukar cadar dalam bilik?haha..Mari...mari...jom cuci mata dengan cadar baru. Alkisahnya saya baru jer beli satu set cadar daripada koleksi gambar dalam entri ini. Tiba-tiba jer rasa macam nak kongsi pasal cadar ni dengan pembaca semua. Cadar bersaiz Queen dengan 1 cadar dan 2 sarung bantal ini berharga RM 130 sahaja. Kiranya murahlah kan..bagi mereka yang suka tukar cadar. Nak beli yang lebih mahal tak mampu pula....hehe...Bagi saya, harga tak penting, yang pentingnya cantik tapi berkualiti. Buat apa kalau beli yang mahal tapi nampak tak cantik kan! alasan la tu...Kalau rasa banyak duit...beli juga tu! Jom tengok....







Cadar ini adalah 100 peratus cotton, sesuai digunakan dalam cuaca di negara kita. Eloklah selalu tukar cadar dalam bilik tu. Bagi nampak ceria dan segar. Jadi takde lah 'boring' sangat apabila masuk ke bilik untuk berehat atau tidur. Pemilihan corak dan warna mestilah mengikut citarasa sendiri kan. Selamat menukar cadar...dan tidur dengan lena.

1 comment:

Etuza Ezawarna said...

http://ezawarna-warnakehidupan-etuza.blogspot.com/

rajin ya mengemas bagus suami mithali..