Tuesday, August 19, 2014

Happy 10 Anniversary


Alhamdulillah, 19 Ogos 2014, genaplah usia perkahwinan kami yang ke-10. Cepat sungguh masa berlalu, dah 10 tahun rupanya kami kahwin...rasa macam baru tahun lepas.Hehe....jangan marah lah yer. Sepanjang 10 tahun ini, telah banyak suka duka dilalui bersama. 3 orang cahaya mata menjadi pelengkap keluarga kami. Biarpun kehidupan kami sederhana saja, tapi bersyukur kepada Tuhan kerana sepanjang usia perkahwinan ini, kami laluinya dengan penuh bermakna.



Terima kasih kepada puan isteri kerana menerima saya seadanya. Biarpun kita bercinta (yer ker?hehe) selepas kahwin...tapi kebahagiaan itu milik kita. Setiap kekurangan itu ada kelebihannya. Hidup ini saling melengkapi. 

Sempena ulangtahun perkahwinan yang ke-10 ini, Saya mengambil peluang dalam entri ini untuk memberikan ucapan buat isteri tersayang..."Selamat ulangtahun perkahwinan kita yang ke-10...Love U Forever..." (Harap-harap puan isteri saya tu bacalah entri dalam blog saya ni).

Maaf kerana tak sempat buat majlis hari ini...hadiah pun tak sempat nak beli lagi....Maklumlah masing-masing sibuk. Panjang umur, murah rezeki nanti kita buat sambutan untuk anniversary ini yer!


Untuk kenangan bersama...jom tengok beberapa keping foto perkahwinan yang dirakam pada tahun 2004 dahulu.....[KLIK SINI]

Happy Anniversary....Thanks for being my Partner.

3 comments:

Hansyirah Takezur said...

sweeeeet! happy anniversary cikgu gha and teacher suria! more years to come, insyaAllah:D

sukasukitulisblog said...

happy anniversary!!

sukiman said...

Semuga kekal bahagia, sihat sejahtera dan diberkati olehNYA sehingga akhir hayat...amin.