expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, August 18, 2014

Menangislah....

Gambar sekadar hiasan
Menangislah....jika ia mampu membuat kau bahagia. Hidup ini banyak cabarannya. Tidak semua yang diimpikan itu menjadi kenyataan. Mungkin suatu masa, kita berhadapan dengan segala permasalahan hidup yang perlu dihadapi. Pelbagai cara untuk berhadapan dengan situasi yang membebankan ini...Salah satu cara ialah dengan menangis. Ya...menangislah sepuas hati....agar dapat melupakan sesuatu yang mengganggu emosi. Biarpun tidak akan dapat menyelesaikan masalah tersebut, tapi sekurang-kurangnya dapat melegakan diri sendiri buat sementara waktu.


Ada yang menganggap orang yang menangis itu adalah orang yang lemah dalam berhadapan dengan situasi yang tidak diingini. Tapi...biarlah, itu hanya pendapat orang...kerana berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Sebaliknya, bersyukurlah kerana masih diberikan satu perasaan yang bisa mengalirkan air mata ketika berhadapan dengan sesuatu yang menyentuh emosi.

Wanita sering dikaitkan denga air mata.Ya... sesuatu yang tidak disangkal oleh kebanyakan orang. Namun, lelaki juga bisa menangis...cuma kekuatan emosi mereka telah dapat menyembunyikan air mata. Menangis dalam hati adalah perkara biasa bagi lelaki. Cuma dalam keadaan tertentu...tertumpah juga air mata lelaki. 

Biar siapapun kita..menangislah...jangan pendamkan kesedihan itu kerana ia pasti mengusutkan lagi keadaan. Semoga air mata yang menitis itu akan melegakan dan membahagiakan kita. Tak perlu meraih simpati orang lain dengan air mata itu, sebaliknya tangisan itu untuk kelegaan diri sendiri.

1 comment:

  1. Menangis bagi orang dewasa adalah salah satu luahan emosi...
    Saya menangis bila teringat kekasih lama...sebab saya tidak tahu apa nak buat selain menangis...

    Air mata cinta yang suci tiada harga yang dapat membayarnya...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.