Berada di tengah-tengah ribuan kenderaan klasik, saya rasa seperti berada pada satu zaman lampau pula! Apa tidaknya...sana-sini dipenuhi kereta dan motosikal klasik dari pelbagai model yang dihias cantik oleh pemiliknya. Semua ini terdapat di perkarangan stadium Sultan Muhammad ke-4 beberapa hari yang lepas, sempena pameran kenderaan klasik. Jom saksikan...
Anak-anak saya yang memang minat kereta, tak lepaskan peluang ini.
Selain pameran, ada juga jualan model-model kereta klasik
dan aksesori untuk motor klasik
Beli juga...3 buah kereta untuk anak-anak.
Bergaya betul kereta-kereta dari Thailand ini
Imdad dan kereta dari Thailand
Semoga pameran seumpama ini dijadikan acara tahunan. Selain merapatkan hubungan antara pemilik-pemilik kenderaan klasik ini, ia juga memberi peluang kepada pengunjung khususnya generasi muda untuk mengenali dengan lebih dekat lagi kenderaan klasik ini. Tahniah kepada penganjur dan semua pihak yang menjayakannya.
3 comments:
La..ada ke show ni?menyesal pulak tak pergi.
http://acikwatie.blogspot.com/
barang lama dibuang jangan...
cantik!
Kereta antik yang masih bernilai tinggi..:)
Post a Comment