Tuesday, September 9, 2014

Rumah: Projek apa pula ni?


Buat kerja part time ni...jadi buruh kat rumah sendiri.Hehe...Penat juga meratakan tanah tu. Entah berapa banyak kalori dibakar petang tadi.Tak perlu bersusah payah ke gym, aktiviti kat rumah ni pun dah banyak mengeluarkan peluh.. Projek apa pula kali ni? Buat masa ini biarlah rahsia dulu. Cuma kami baru order selori tanah untuk diratakan di bahagian tepi rumah. Harga selori tanah sekarang RM 120. Tak banyak manapun. Tapi cukuplah buat ratakan tanah yang sedia ada.


Pandangan menghadap ke pintu pagar utama
Jalan yang nampak tu pun kami bercadang nak buat kat tengah sikit suatu masa nanti.
Jalan sedia ada tu nak ditanam pokok-pokok.
Projek tahun 2020 kot,Haha...



Hari ketiga meratakan tanah...tak siap-siap lagi



Kalau projek ini berjaya...saya akan buat entri dalam blog nanti.
Tunggu.....



4 comments:

acik watie said...

kolam renang ke?

Sentiasa Panas said...

Napa tak upah org bt kerja, sakit pinggang tu..hehe

Normi Nieza said...

nak buat landscape ke?

sukiman said...

nak letak gazebo?